Menjelang aksi penting Liga Juara-Juara pusingan suku akhir pertama bertemu Real Madrid awal pagi esok, Bukayo Saka mengesahkan keinginannya untuk menjuarai trofi bersama Arsenal.
Kini menjadi tonggak utama skuad kendalian Mikel Arteta, Saka masih lagi berbaki dua tahun dalam kontraknya -- dilaporkan kini dibayar gaji mencecah GBP300,000 seminggu -- berazam untuk membincangkan kontrak lanjutan.
Pemain berusia 23 tahun itu diketepikan ekoran masalah kecederaan hamstring lewat hujung tahun lalu dan telah kembali beraksi, meledak jaringan dalam kemenangan 2-1 Arsenal ke atas Fulham.
Di sebalik harapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kian tipis, kejayaan di pentas Eropah masih lagi realistik.
"Bagi saya, saya mahu menang dan bergelar juara dengan lencana ini (Arsenal)," katanya.
"Cukup jelas, penyokong berada di belakang saya dan kami memiliki hubungan yang baik. Saya sangat gembira di sini dan mahu fokus untuk menang.