LIGA SUPER MSIA
Saiful teruja bantu Sri Pahang lakar kemenangan sulung, pengalaman Azam Azih jadi rujukan
Pemain tengah Skuad B23 Sri Pahang, Saiful Jamaluddin, mengakui teruja dapat bantu pasukannya meraih kemenangan berharga mengatasi Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super semalam.
Tonggak 22 tahun kelahiran Kuala Lipis itu turut menegaskan dia sedia merebut kesebelasan utama Sri Pahang musim ini meskipun menyedari perlu bersaing dengan beberapa nama besar antaranya Nor Azam Azih dan tonggak import, Stefano Brundo.
Saiful turut berkongsikan yang dia menjadikan Azam Azih sebagai rujukan utamanya dalam misi bergelar enjin tengah berpengaruh Tok Gajah pada masa akan datang.
Iklan
"Secara keseluruhannya saya masih kurang berpuas hati kerana saya rasa itu bukan persembahan sebenar saya lagi.
"Saya akan perbaiki dalam perlawanan akan datang. Saya ingin bermain dan perlu tonjolkan diri saya untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
"Saya banyak belajar daripada Azam Azih, dia banyak bantu saya di atas padang. Untuk capai sasaran tahun ini saya yakin boleh kerana pasukan musim ini lebih baik daripada tahun lepas." katanya menerusi Nadi Weekend.
Must-Watch Video