Sah! FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
Saufi Tahir
Disember 4, 2024 13:41 MYT
Disember 4, 2024 13:41 MYT
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Singa Utara itu, Matt Holland, sebelum ini.
Perkara itu dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM, Saaran Nadarajah, dalam sidang media selepas Mesyuarat Eksekutif FAM kali ke-13, sebentar tadi.
"Bagi kes melibatkan Perlis FA, jawatankuasa FAM telah bersetuju untuk menggantung PFA daripada menjadi ahli gabungan FAM sehingga persatuan itu membuat bayaran penuh seperti diarahkan FIFA.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan kerana kes FIFA membabitkan isu tunggakan gaji.@ASTROARENA pic.twitter.com/vFxVcfxDPK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini susulan kegagalan PFA mematuhi arahan yang dikeluarkan untuk bayaran gaji tertunggak dan pampasan oleh Matt Holland. Jumlahnya adalah RM998,000.
"Sekiranya tiada pembayaran oleh PFA, FIFA boleh kenakan tindakan kepada FAM sebagai responden kedua. Penggantugan ini dibuat bagi mengelak FAM dikenakan tindakan lanjut hingga menyebabkan FAM ditanggungjawabkan untuk membayar semua hutang PFA." katanya.
Tan Sri Hamidin sah tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas 6 tahun menerajui kepimpinan tertinggi badan induk itu bermula 2018. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/ifmcUooMfm
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
FAM turut dikenakan denda RM67,000 oleh FIFA selaku responden kedua kepada PFA.