Skip to main content

Bola Sepak

Safuwan Baharudin berlatih bersama Selangor B-23

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safuwan.jpg
Meskipun mengesahkan bahawa pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin, tidak lagi bersama Selangor pada musim hadapan, namun perkongsian di Instagramnya menimbulkan persoalan di kalangan peminat tempatan.

Terdahulu, pemain berusia 33 tahun itu memberi bayangan bahawa dia tidak akan bersama Selangor walaupun masih mempunyai baki kontrak satu musim lagi. 

Untuk rekod, Safuwan bukanlah nama asing dalam kancah Liga Super apabila sudah beraksi selama sembilan musim bermula kemunculan pertamanya bersama LionsXII pada 2011.

Seperti laporan sebelum ini, ketika ditemu bual oleh wartawan Singapura, ketua pasukan The Red Giants untuk musim lalu itu meluahkan kekecewaan selepas difahamkan tiada dalam perancangan barisan kejurulatihan menjelang musim baharu Liga Super. 




Berdasarkan maklumat terkini, Safuwan masih bersama Selangor tetapi ketika ini menyertai Selangor bawah 23 tahun (B-23) dan sedang menjalani latihan pramusim bersama pemain muda. 

"Hari kedua sesi latihan pramusim bersama skuad terbaharu saya, Selangor B23!" katanya. 

Untuk rekod, Safuwan yang menyertai Selangor pada akhir 2019 memutuskan untuk bersama Negeri Sembilan pada 2023, sebelum dipanggil semula menyertai Selangor pada pertengahan musim lalu. 

Jika pertahanan kental itu kekal bersama Selangor B-23, ia bermakna Safuwan akan bermain dalam saingan Liga A1 Semi-Pro yang akan berlangsung Julai ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video