Keperluan posisi dan pengalaman luas di peringkat antarabangsa dianggap menjadi kriteria utama terhadap pemilihan empat pemain yang bersara untuk kembali memperkuat jentera Harimau Malaya menentang Lubnan 13 Jun depan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Rabu lalu mengumumkan senarai 26 pemain skuad negara untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan.
Antara tersenarai, empat pemain tonggak yang bersara sebelum ini adalah Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.
Mengetepikan isu persaraan empat pemain itu, penganalisis bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri menegaskan kehadiran mereka mampu mengimbangi kekuatan pasukan.
Terutama kelibat Safiq merupakan antara pemain paling menyerlah selepas merekodkan lapan gol daripada 13 perlawanan musim ini.
"Kelebihan empat pemain ini yang memiliki pengalaman yang luas beraksi di peringkat antarabangsa dan kemahiran mereka menguasai posisi di atas padang," kata Asmawi.
Begitupun, Asmawi berpendapat pemain seperti Kunanlan dan Amirul Hadi perlu bersaing sengit merebut tempat susulan pemain sedia ada berada pada prestasi terbaik di posisi masing-masing.
"Setiap pemain-pemain yang dipilih untuk berdepan Lubnan ini berada di tahap terbaik berdasarkan prestasi mereka dalam saingan Liga Malaysia musim ini."
Nelo Viganda selaku ketua jurulatih, pengendali dari Portugal ini akan dibantu Tan Cheng Hoe dan juga Joao Arnaldo Correia De Carlvalho yang pernah bersama dengan Vingada bersama beberapa pasukan.
Turut berada dalam senarai pasukan kejurulatihan adalah bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Aziz dan Fransisco Jose Bruto Da Costa yang akan bertindak selaku jurulatih kecergasan.
Antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan di bawah bimbingan Vingada buat kali pertama adalah penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid, dan pemain veteran kebangsaan, Amri Yahyah yang baru kembali ke pangkuan merah kuning.
Gandingan kejurulatihan baru dan para pemain yang disebutkan tadi akan berdepan tugas pertama bagi kempen kelayakan Piala Asia pada 13 Jun 2017. Di mana perlawanan menentang Lubnan ini akan berlangsung di Larkin.