Skip to main content

Bola Sepak

Safee Sali ikut jejak Gareth Bale?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safee-sali.jpg
Penyerang berpengalaman negara, Safee Sali masih lagi berstatus pemain bebas menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim baru.

Biarpun ada ura-ura mengaitkan bekas penggempur utama Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ke saingan Liga M-3, tetapi hingga kini masih belum ada kata sepakat.

Dan penyerang berusia 39 tahun itu berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Karl Nunis, jika situasi yang dilaluinya ketika ini berlanjutan, Safee tidak teragak-agak untuk menggantung but sekali gus menutup karier gilang gemilangnya.

Pemain yang mewakili finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City, itu meminati golf, mirip bekas bintang Real Madrid, Gareth Bale -- malah Safee sendiri pernah memenangi 'hole in one' dalam sebuah kejohanan di ibu negara, tahun lalu. 

"Saya masih dalam perbincangan bagaimana masa hadapan saya, situasi yang amat berat. 

"Saya harus memikirkan sedalam-dalamnya untuk masa hadapan dan saya harapkan dalam masa terdekat ini akan ada satu pengumuman yang penting. 

"Saya perkembangan Gareth Bale daripada segi permainan, apa yang dilakukan untuk Wales, Real MAdrid dan LA GAlaxy. 

"Apabila bersara, dia bertukar kepada hobi yang baru. Ia satu peralihan yang berlainan, tidak pernah terfikir pun. 

"Adakah saya mengikuti perjalanan karier Gareth Bale, tunggu dan lihat nanti," katanya. 






Safee ditemui dalam Majlis Malam Gebang Bola yang turut menyaksikan bekas penyerang kebangsaan itu secara rasmi menyertai keluarga besar Astro sebagai salah seorang pakar tetamu yang bakal menyerikan saingan Liga-M musim ini.

"Saya gembira dengan Astro Arena, saya kembali ke Astro Arena untuk liputan liga kita. 

"Sejak 2010, Astro Arena membuat liputan berita tentang saya dengan saya banyak dan kini saya kembali sebagai tetamu pakar sepenuh masa. 

"Saya gembira dengan keluarga baru saya. 

"Selalunya saya diajukan soalan spontan, jadi saya perlu jawab apa yang terlintas. 

"Jadi pengetahuan itu sangat penting," katanya lagi. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video