Skip to main content

Bola Sepak

Safee: Pemain wajar diberikan gaji penuh bermula bulan depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safee-sali.jpg
Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, berpandangan setiap pemain wajar diberikan gaji penuh bermula bulan depan selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan kebenaran untuk setiap pasukan kembali ke padang latihan bermula 15 Jun ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan kebenaran untuk beberapa sukan berkumpulan, termasuk bola sepak, kembali menjalani latihan tanpa sebarang bentuk pertandingan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Nadi Arena, bekas penyerang kebangsaan itu berkata: "Ia sememangnya satu keputusan yang amat menggembirakan buat pemain. Setelah sekian lama berlatih di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akhirnya dapat kembali menjalani latihan dengan SOP yang telah ditetapkan pada 15 Jun ini.

"Kami sudah boleh fokus kepada permainan sebenar seandainya perintah itu dilonggarkan atau dilepaskan selepas ini.

"Memang sudah lama saya tidak melihat dan menjejakkan kaki di padang.

"Persediaan untuk menghadapi perlawanan sebenar memang amat penting dan dengan kelonggaran ini, ia dapat membantu pemain yang akan bersama skuad Harimau Malaya (skuad senior negara) untuk menghadapi perlawanan di peringkat antarabangsa," katanya.

Mengulas lanjut, Safee menambah: "Sekarang masih belum ada sebarang gambaran mengenai isu gaji sebab kelonggaran ini baru sahaja diumumkan.

"Pada pendapat saya, sesi latihan akan bermula selepas 15 Jun ini, jadi pemotongan gaji itu pasti ada kerana kami hanya memulakan latihan pada pertengahan bulan.

"Jadi, apabila bermula latihan penuh sepanjang bulan depan, ia terpulang kepada pemain untuk mengadakan perbincangan sama ada perlu diberikan gaji penuh atau tidak," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video