Skip to main content

Bola Sepak

SAC: Selangor belum benar-benar teruji, kata Subramaniam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-fc.jpg
Bekas pertahanan negara, S Subramaniam, masih sangsi dengan persiapan Selangor FC biarpun menjuarai kejohanan pramusim, Cabaran Asia Selangor (SAL) 2024, malam tadi. 

Anak buah Nidzam Jamil menang bergaya 4-0 ke atas kelab Laos, Young Elephants FC, di Stadium Petaling Jaya malam tadi -- kurang dua minggu sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M). 

Terdahulu, Selangor turut diuji Perak FC dan Negeri Sembilan FC. 

Begitupun, ia masih belum mampu mengundang keyakinan buat Subramaniam yang menyifatkan skuad Gergasi Merah belum benar-benar teruji dalam tempoh persiapan. Apatah lagi mereka bakal berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam merebut Piala Sumbangsih, 10 Mei depan. 

"Kita tidak nampak kelemahan pasukan Selangor sebab kurangnya mutu daripada segi pemain dan pasukan lawan. 

"Mereka menjaringkan banyak gol dalam pramusim tapi tiada pasukan yang benar-benar mencabar mereka. 

"(Jadi) Persiapan Selangor akan terbantut sebab kita tidak boleh dilihat kelemahan mereka. 

"Dalam pramusim, saya mahu Selangor (diuji) pasukan yang mampu mencabar keupayaan mereka agar mereka boleh nilai prestasi pemain, keadaan pemain dan strategi apa yang nak dipakai. 

"Saya tengok ada satu sahaja strategi Selangor iaitu proaktif menyerang tapi kalau jumpa pasukan setanding seperti Kedah Darul Aman dan Terengganu, mampukah mereka bermain dengan corak yang sama," katanya sebagai tetamu di Nadi Bola sempena kejohanan pramusi itu malam tadi. 



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video