Skip to main content

Bola Sepak

SAC 2024: Selangor perkenal trofi dengan tema Bunga Tanjung Pecah Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trofi-sac-2024.jpg
Selangor hari ini memperkenalkan trofi bagi Kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan bertemakan Bunga Tanjung Pecah Sembilan.

Trofi itu mengambil inspirasi daripada bunga berkenaan sebagai simbolik sembilan daerah di negeri Selangor, selain Bunga Tanjung juga merupakan bunga rasmi bagi negeri itu.

Ia diperbuat 100 peratus daripada Piuter yang ditempa secara istimewa oleh Royal Selangor.

Selangor akan melayani kunjungan tiga kelab Asia Tenggara, iaitu DPMM FC dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura dan Young Elephants FC dari Laos dalam kejohanan empat penjuru itu di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini.


 

Advertisement

Must Watch Video