Tiga pasukan yang telah dijemput bagi edisi kali ini adalah Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura, dan Young Elephants FC dari Laos.
Empat kelab dari rantau Asia Tenggara ini akan berentap di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sebagai medan perlawanan yang juga merupakan gelanggang rasmi Selangor dalam saingan liga musim depan serta dengan format yang berbeza berbanding kejohanan SAC pada musim lalu.
?⚽ Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 kembali dan akan membuka tirai edisi kedua pada 26 dan 28 April ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
— Selangor FC (@selangorfc) April 18, 2024
Tiga kelab dari rantau Asia Tenggara iaitu Balestier Khalsa FC dari Singapura, Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dari Brunei dan Young… pic.twitter.com/BZZkbEkuiR
Saksikan semua perlawanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 secara langsung di Astro Arena HD.