Skip to main content

Bola Sepak

Sabitzer tekad bukti kemampuan sebenar bersama Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabitzer.jpg
Pemain tengah Bayern Munich, Marcel Sabitzer, telah menjadi salah seorang pemain terpenting di kelab itu dalam apa yang dipanggil musim 'kebangkitan'. 

Pemain berusia 28 tahun itu setakat ini membuktikan nilainya EURO15 juta yang dibayar kelab untuknya pada 2021.

Buat masa ini, Sabitzer berkata dia berada dalam keadaan terbaik dan akan bersedia untuk bermain apabila dipanggil. 

“Saya sihat, saya berada dalam tahap baik. Saya telah bermain banyak perlawanan, jadi saya berada pada tahap fizikal yang baik,” kata Sabitzer.

Pemain Austria itu mengakui bahawa Bayern berada dalam kemerosotan sekarang, tetapi berikrar untuk kembali ke landasan kemenangan sebaik pulang daripada tugasan antarabangsa.

“Sudah tentu keadaan kami tidak mudah. Tidak memenangi empat perlawanan bukanlah apa yang kelab mahukan. Kami perlu bangkit dan kembali ke landasan selepas rehat,” katanya.

“Kebelakangan ini, kami gagal mempamerkan serangan yang berkualiti, kami banyak terlepas peluang dan kami seharusnya menamatkan perlawanan lebih awal."
 

Advertisement

Must Watch Video