Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Sabah pinjamkan Joao Pedro ke kelab Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-pedro-duarte.jpg
Penyerang import Sabah, Joao Pedro Duarte, berkelana ke Vietnam secara pinjaman serta-merta .

Penyerang dari Brazil itu akan menyertai kelab Ho Chi Minh City -- yang menduduki tangga kesembilan selepas 13 perlawanan kancah V League 1 secara pinjaman. 

Dia meninggalkan kelab Liga Super itu tiga bulan sebelum perjanjian yang dimeterai pada Ogos lalu berakhir. 

Sang Badak menjelaskan usaha memujuk penggempur itu sudah dibuat tetapi Joao Pedro sudah membulatkan tekadnya. 




Kelibat Joao Pedro di Vietnam bukan asing lagi selepas setahun memperkuatkan Viettel.

Joao Pedro -- yang masih berbaki enam perlawanan liga musim ini -- meninggalkan Sabah dengan koleksi tujuh jaringan dalam Liga Super sementara satu gol dalam Piala Malaysia. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video