Skip to main content

Bola Sepak

Sabah makin bersemangat buru kemenangan

24717sabah.jpg
Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut, Sabah kini semakin bersemangat untuk mencipta kemenangan seterusnya apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, esok.

"Sudah pasti kami mahukan kemenangan, lebih-lebih lagi kami bermain di gelanggang sendiri dan kami perlu terus menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

"Bagaimanapun, untuk memenangi perlawanan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana JDT II juga sebuah pasukan yang kuat. Kami perlu kerja lebih keras untuk mencapai sasaran kami itu," kata jurulatih skuad Sang Badak, Jelius Ating, ketika dihubungi, hari ini.

Bekas pemain itu berkata dia akan melakukan sedikit perubahan terhadap barisan pemainnya, malam esok.

Katanya, ia berikutan kecederaan yang dialami Alto Linus dan Rahman Shah Marajeh ketika beraksi bertemu MISC-MIFA, Jumaat lalu.

"Kami mungkin menurunkan sama ada Randy Baruh atau Jenius Karib untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Alto di bahagian pertahanan.

"Selain itu, kami juga akan mendapat semula khidmat Maxsius Musa yang sudah cergas daripada kecederaan dengan pemain ini mungkin beraksi menggantikan sama ada Ummareng Bachok atau Leopold Alfonso Otong," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video