Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah mereka untuk tiga perlawanan berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.
Skuad tuan rumah memiliki peluang seawal minit pertama menerusi tandukan Lee Gil Hoon yang menerima hantaran daripada sepakan percuma Sabri Sahar, namun tinggi melepasI palang.
Tiga minit kemudian, giliran JDT II pula mencemaskan pintu gol Sabah hasil percubaan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak di dalam kotak penalti tetapi sepakannya juga tinggi melepasi palang.
Kedua-dua pasukan kemudian saling menyerang, bagaimanapun, gagal menembusi benteng pertahanan lawan masing-masing dengan bola lebih tertumpu di kawasan tengah padang.
Pada minit ke-31, ketua pasukan tuan rumah, Rawilson Batuil, berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Sabri Sahar bagi menjadikan kedudukan 1-0.
Tersentak dengan jaringan itu, JDT II cuba menyamakan kedudukan dan hampir memperolehinya pada minit ke-39, bagaimanapun, dua percubaan berturut-turut pemain mereka di dalam kotak penalti berjaya dihalang pertahanan Sabah.
Gol penyamaan yang dicari-cari JDT II akhirnya terhasil pada minit ke-44 hasil jaringan Shahfiq Shahrudin.
Ia berpunca daripada sepakan percuma Nicolas yang gagal disepak baik pertahanan Sabah, Francis Kasonde, dan Shafiq kemudian bijak melakukan penyudah.
Dalam separuh masa kedua, tiada percubaan bahaya dilakukan kedua-dua pasukan dan peluang terbaik hanya hadir pada minit ke-75 oleh Sabah.
Bagaimanapun, percubaan penyerang import tuan rumah, Rodoljub Paunovic, yang menerima lorongan Gil Hoon berjaya dihalang pertahanan lawan.
Tindakan kedua-dua pasukan melakukan pertukaran dengan pasukan Sabah memasukkan Leopold Alfonso Otong dan Hamran Peter, manakala JDT II membawa masuk Rozaimi Abdul Rahman dan Alaxander Moreton Smith juga gagal mengubah kedudukan berkenaan.
Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Muhammad Nasrudin Tamrin, meniupkan wisel penamat.
Keputusan Liga Perdana:
PKNP 2-0 Perlis
PDRM 0-3 Kuala Lumpur
UiTM 2-1 ATM
Sabah 1-1 Johor Darul Takzim II
MISC-MIFA 6-3 Kuantan
Terengganu 2-2 Negeri Sembilan