Pasukan itu dilaporkan sedang memancing beberapa nama besar tempatan bagi mencabar saingan Liga Super musim depan.
Antara yang dikaitkan untuk menyertai pasukan itu adalah dua pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat.
Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, Nadi Arena hari ini mendapatkan ketua jurulatih pasukan berkenaan, Datuk Ong Kim Swee.
"Saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan kebenaran, terutama apabila kami perlu memikirkan mengenai perbelanjaan bagi musim depan," katanya kepada wartawan, Fadhirul Shuhaimi.
"Saya tidak menafikan ada beberapa pemain yang akan menyertai pasukan Sabah tetapi masih terlalu awal untuk kami menentukannya kerana kami masih sedang berbincang.
"Jika kami melakukan perubahan, buat masa ini, ia masih dalam 20 hingga 30 peratus tetapi dalam sebulan atau dua bulan ini, ia berkemungkinan akan bertambah," katanya.
Sebagai rekod, Sabah menduduki tangga kesembilan Liga Super musim ini sebelum menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat suku akhir -- tewas 1-3 secara agregat kepada Melaka United.
Sabah FC dikaitkan dengan 'beberapa' nama-nama besar bola sepak Malaysia....tapi menurut jurulatih @SabahFCofficial , Ong Kim Swee kata Sabah akan belanja ikut kemampuan.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 24, 2021
Siapa agaknya pemain-pemain yang dikaitkan dengan Sabah FC ya? pic.twitter.com/GdGZkmphRv