Skip to main content

Bola Sepak

Sabah enggan pulang dengan tangan kosong di Kuala Terengganu -- Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kimswee.jpg
'Pulang dengan tiga mata atau satu mata sahaja, tiada pilihan lain', itu misi Sabah FC yang bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk tidak pulang dengan tangan kosong.

Ini bagi memastikan kedudukan di tangga kedua Liga Super tidak terjejas.

Ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee, mahu barisan pemainnya berjuang hingga keringat terakhir, biarpun mengakui Terengganu lawan yang kebal ketika beraksi di laman sendiri. 

Sabah membuat perhitungan kedua berdepan terengganu dalam saingan Liga Super, dengan hasrat mengulangi kejayaan menewaskan skuad Peteh 2-1 dalam pertemuan pertama. 

Dengan baki empat perlawanan terakhir, setiap aksi dianggap penting untuk tidak keciciran mata, apabila persaingan sengit dilihat dalam perebutan tempat kedua dan ketiga Liga Super antara Sabah, Negeri Sembilan dan Terengganu. 

"Setiap perlawanan hingga tamat musim amat penting, kami memerlukan keciciran mata dan mahu mengelak daripada kekalahan bagi mengekalkan kedudukan di kelompok terbaik bagi layak ke Piala AFC musim depan," kata Kim Swee.

Sementara itu, Kim Swee menjelaskan Sabah memanfaatkan tempoh rehat yang panjang bagi memperbaiki kelemahan selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi sebelum ini. 

"Apabila lama berehat, banyak penambahbaikan daripada segi kelemahan pasukan namun masih belum dapat mencari momentum, perkara paling penting adalah kekurangan sebelum ini dapat dipertingkatkan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video