Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 bakal menggegar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Sabtu ini!
Apa yang menarik?
Tiga legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan John Terry, akan hadir ke Malaysia menyertai perlawanan bola sepak 7's yang turut bergabung dengan nama-nama besar seperti bekas pemain Harimau Malaya iaitu Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin dan Razman Roslan.
Tokoh korporat terkemuka, Tony Fernandes dan Nazir Razak, antara yang dipilih sebagai ketua pasukan dan pengurus, selain ahli politik merangkap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd Rahman dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, juga mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Dengan konsep tujuh sebelah, empat pasukan dibahagikan dengan mengejar gelaran juara mengikut format yang ditetapkan.
Teringin melihat pemain kegemaran anda? Dijemput ramai-ramai memeriahkan suasana di Cheras bermula 7.30 pagi sehingga lewat malam, esok!
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu John Terry, Dimitar Berbatov dan Ryan Giggs!

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan perlawanan bola sepak 7's yang bakal menghimpunkan nama-nama besar seperti John Terry, Dimitar Berbatov dan Ryan Giggs.?⚽
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 16, 2025
Info lebih lanjut di https://t.co/kTnbKgde0l pic.twitter.com/Ayl5lH4629