Skip to main content

Bola Sepak

Ruud Van Nistelrooy diumum pengurus baru Leicester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruud-van-nistelrooy.png
Leicester City mengesahkan bahawa Ruud Van Nistelrooy kini berperanan sebagai pengurus pasukan itu selepas pemecatan Steve Cooper.

Cooper dilepaskan daripada jawatannya selepas kekalahan 1-2 The Foxes di tangan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, yang merupakan kali kelima berturut-turut mereka gagal memperoleh kemenangan dalam semua pertandingan.

Van Nistelrooy sebelum ini bertindak sebagai pengurus interim Manchester United selepas pemecatan Erik ten Hag.

Bekas pemain kebangsaan Belanda itu memenangi tiga daripada empat perlawanannya sepanjang memegang peranan itu dan dua daripadanya adalah kemenangan ke atas Leicester dalam saingan EPL dan Piala Liga Inggeris (EFL).

Bercakap kepada LCFC.com, Van Nistelrooy berkata: “Saya berbangga, saya teruja. Semua orang yang saya berbual mengenai Leicester City bercakap dengan penuh bersemangat.

“Mereka mempunyai cerita hebat tentang kualiti yang dimiliki semua yang bekerja di kelab ini, penyokong dan sudah tentu sejarah kelab ini juga sangat mengagumkan.

"Saya teruja untuk memulakannya dan mengenali semua orang, dan memberikan segala yang saya mampu untuk kelab ini."

Leicester akan bertandang ke laman Brentford malam ini dengan jurulatih pasukan utama, Ben Dawson, akan mengendalikan pasukan itu menjelang ketibaan Van Nistelrooy.

Perlawanan pertama pengendali berbangsa Belanda itu akan bermula pada Selasa depan, di mana The Foxes akan menerima kunjungan West Ham di Stadium King Power bagi aksi EPL.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video