Proses perobohan Stadium Shah Alam yang merupakan stadium keramat pasukan selangor sudah mula melalui fasa kerja pembanggunan bermula hari ini.

Stadium yang dibina pada 1994 itu bakal berwajah baru sepenuhnya dengan nama baru iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia.

Tambahan pula, stadium yang merupakan rumah kedua pasukan Harimau Malaya itu bakal mempunyai padang boleh alih pertama di Malaysia.






Melalui perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor, Saipolyazan M Yusop yang sempat memantau kerja perobohan yang dimulakan hari ini.

"Alhamdulillah. Sempat singgah ke Stadium Shah Alam untuk melihat kerja perobohan dimulakan pada hari ini 1 Julai 2024.

"Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameters pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau bagi memastikan minimum gangguan kepada penduduk sekitar." katanya melalui laman Facebook.