Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger, digantung enam perlawanan oleh FA Sepanyol gara-gara kelakuannya sewaktu kekalahan kepada Barcelona dalam Final Copa del Rey hujung minggu lalu.
Rudiger dilayangkan kad merah dalam aksi final berkenaan, yang dimenangi Barca 3-2 dalam masa tambahan, bersama dua rakan sepasukannya, Lucas Vazquez dan Jude Bellingham.
Pertahanan itu dilayangkan kad merah gara-gara reaksi agresif yang ditunjukkannya terhadap faul yang dikenakan ke atas Kylian Mbappe, tidak lama selepas Jules Kounde menjaringkan gol kemenangan Barca.
Rudiger kemudian memohon maaf atas kelakuannya manakala Vazquez menerima penggantungan dua perlawanan dan Bellingham, yang menerima kad merah selepas wisel penamat kerana membantah pengadil, tidak dikenakan sebarang penggantungan.
Penggantungan Rudiger diumumkan pada hari yang sama pemain Jerman itu menjalani pembedahan lutut bagi memulihkan kecederaan jangka panjang yang dialaminya sejak tujuh bulan lalu.

After I have played more than seven month with severe pain, it was unfortunately unavoidable that I had to undergo a meniscus surgery. Now I'm finally pain-free again, and the surgery was a success. ?? Thanks to the medical team. I want to be able to play again as soon as… pic.twitter.com/HhrFD3Io1u
— Antonio Rüdiger (@ToniRuediger) April 29, 2025