Skip to main content

Bola Sepak

Ruben Amorim gesa kematangan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Ruben Amorim berkata Manchester United harus "membesar" sebagai sebuah pasukan selepas melanjutkan permulaan tanpa kemenangan musim ini dengan melepaskan kelebihan untuk seri 1-1 ketika berdepan Fulham di Craven Cottage, awal pagi tadi. 

Tandukan Leny Yoro membolehkan United mendahului pada minit ke-58 selepas Bruno Fernandes gagal dalam sepakan penalti separuh masa pertama. 

Namun, pemain gantian, Emile Smith Rowe, menyamakan kedudukan untuk tuan rumah 15 minit kemudian.

Selepas tewas 0-1 kepada Arsenal di laman sendiri dalam perlawanan pembukaan musim ini minggu lalu, United sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan, seterusnya bakal menghadapi perlawanan sukar Piala Carabao menentang kelab divisyen kedua, Grimsby Town, pertengahan minggu ini. 

Berikutan sekali lagi kegagalan anak buahnya memperoleh keputusan positif, Amorim menuntut pemain-pemain agar kembali fokus.

“Saya rasa kami menjaringkan gol dan kami lupa tentang corak permainan sendiri,” katanya.



“Kami perlu banyak membesar sebagai sebuah pasukan.

"Saat yang mengubah permainan adalah gol. amat dahaga kemenangan dan itu adalah satu perasaan yang baik, kami menjaringkan gol dan semua orang di atas padang mula terlintas, 'Ayuh kita mempertahankan pada kelebihan dan cuba memenangi perlawanan ini.'
Football

Upgrade Game Anda ke Level EPL!

Semangat EPL membara? Lengkapkan setup gaming anda dengan aksesori padu ini — main lebih lancar, lebih seronok dengan kawan.


Grab Gear EPL Anda Sekarang!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video