EPL
Ruben Amorim akui senasib cabaran dengan Ange Postecoglou
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, percaya bahawa dirinya berada dalam situasi yang sama seperti pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Isnin ini.
Manchester United akan bertandang ke Stadium Tottenham Hotspur dengan harapan untuk membina momentum selepas kemenangan dalam saingan Piala FA menentang Leicester City serta bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Crystal Palace dalam aksi liga sebelum ini.
Namun, perlawanan ini bukanlah perlawanan getir seperti yang dibayangkan ramai memandangkan kedua-dua pasukan kini bergelut di kedudukan bawah liga.
Iklan
The Red Devils memasuki perlawanan ini di tangga ke-13, satu kedudukan dan dua mata mengatasi Tottenham.
Justeru, ramai yang menganggap pertembungan ini sebagai perlawanan yang wajib dimenangi oleh kedua-dua Postecoglou dan Amorim.
— Manchester United (@ManUtd) February 13, 2025Kedua-dua pengurus berusaha menerapkan gaya permainan tersendiri, namun hingga kini usaha mereka masih belum membuahkan hasil yang diinginkan, sekali gus mengundang kritikan.
Begitupun, Amorim tetap yakin dengan taktikalnya dan melihat dirinya serta Postecoglou menghadapi cabaran yang serupa.
“Saya amat mengagumi Ange Postecoglou. Saya berasal daripada budaya yang berbeza, saya orang Portugis dan semua jurulatih dari Portugal mampu menyesuaikan diri. Saya juga menyesuaikan diri,” ujar Amorim.
“Bagi saya, saya menggunakan satu sistem permainan buat masa ini kerana saya percaya, jika sistem itu diasah dengan baik, ia boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
“Itulah falsafah saya. Namun, kami tidak memenangi perlawanan dan saya memahami kaitan di antara saya dan Ange kerana kami sedang menghadapi masalah yang sama.
“Pada pandangan saya, saya berada di kelab yang lebih besar dengan tekanan yang lebih tinggi.
"Saya memahami perbandingan ini, namun dia tetap seorang jurulatih yang penting kerana berpegang teguh dengan prinsipnya.”
Must-Watch Video