Danny Rose berkata persiapan England bagi saingan Piala Dunia jauh lebih baik berbanding Euro 2016 ketika Three Lions bakal membuat perhitungan berdepan Tunisia dalam aksi pembukaan Kumpulan G, awal pagi esok.
Rose, yang gagal menjadi pemain utama Tottenham musim ini, akan bersaing dengan Ashley Young untuk posisi bek kiri England.
Pemain berusia 27 tahun itu beraksi cemerlang berdepan Costa Rica dalam perlawanan persahabatan sebelum berkunjung ke Russia dan menegaskan persiapan England kali ini jauh lebih baik berbanding dua tahun lalu.
"Saya hanya boleh bercakap mengenai Euro dan ia sedang berlaku dalam pasukan ini," katanya.
"Persiapan kami berbeza jika dibandingkan dua tahun lalu, terutama ketika aksi berdepan Iceland.
"Apa yang kami lakukan dalam sesi latihan lebih efektif dan saya tidak sabar untuk menantikan perlawanan ini.
"Kami mempelajari setiap gerak-geri permainan Tunisia.
"Pengendali pasukan, Gareth Southgate, telah menyediakan perancangan terbaik untuk perlawanan ini," tambahnya.