Skip to main content

Bola Sepak

Rose mahu Salzburg bangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcorose.jpg
Ketua jurulatih Red Bull Salzburg, Marco Rose, mahu pemain-pemainnya menampilkan aksi cemerlang bagi menempah slot final Liga Europa (UEL).

Lawan Salzburg, Marseille, memiliki kelebihan 2-0 dalam aksi pertama di Stade Velodrome hasil jaringan Florian Thauvin dan Clinton N'Jie.

Bagaimanapun, Rose kekal berpuas hati dengan persembahan pasukannya sepanjang kejohanan ini musim ini.

Dalam aksi suku akhir, Salzburg tewas 4-2 kepada Lazio dan terus ketinggalan di Red Bull Arena ketika Ciro Immobile memecah kebuntuan buat pasukan Itali itu dalam 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Tetapi Moanes Dabour menemui jaringan, mencetus kebangkitan empat gol yang dihasilkan Salzburg untuk menang 6-5 secara agregat.

"Kami perlu menampilkan aksi terbaik dan dalam masa sama perlu menantikan saat terbaik," kata Rose.

"Saya dapat berasakan di Marseille kami memiliki kekuatan fizikal berbanding lawan.

"Kami akan cuba yang terbaik untuk melakar kemenangan. Sukar, tapi ia mampu dilakukan," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video