Skip to main content

Bola Sepak

Rooney anggap Manchester United sudah 'tiada jiwa'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ro.jpg
Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, tidak percaya bahawa pengurus baru iaitu Ruben Amorim mampu membawa pembaharuan kepada The Red Devils.

Ini susulan prestasi gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semakin merosot selepas melakar kekalahan demi kekalahan.

Untuk rekod, Rooney telah memenangi lima gelaran bersama United ketika di bawah kendalian Alex Ferguson daripada 13 tahun kariernya di Old Trafford.



 

Dalam satu podcast yang tular, dia berkongsikan" Saya tidak melihat apa-apa yang memberikan keyakinan kepada saya, perlu ada perubahan besar. 

"Pengurus, pemain, apa sahaja itu. Apa sahaja yang diperlukan untuk mengembalikan semula Manchester United.

"Saya tidak melihat pemain berjuang, tiada karakter dan keinginan untuk menang. Jiwa bola sepak telah hilang dari kelab. Mereka perlu nafas baru.

"Budaya bola sepak itu telah hilang. Saya melihatnya setiap hari, saya lihat kakitangan hilang pekerjaan. Apa yang saya lihat di kelab itu bukanlah Manchester United." katanya.
MU Jersey

Gaya Red Devils

Tunjuk sokongan dengan jersi MU terbaru.


? Dapatkan

Advertisement

Must Watch Video