Tonggak baru PJ Rangers, Ronny Harun, menjelaskan bukan mudah untuknya membuat keputusan menyertai pasukan itu memandangkan dia turut berunding dengan skuad kelahirannya, Sabah, untuk musim ini.
Ronny turun buat kali pertama bersama PJ Rangers ketika tewas 1-0 kepada Marcerra United FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Air Asia, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain terakhir menyertai PJ Rangers selepas jurulatihnya, Hassan Sazali Waras, mahukan tonggak berpengalaman membimbing pemain muda.
Jelas Ronny, dia tidak kekok bersama skuad Liga FAM itu, tambahan dia mahu kecederaan bahunya ketika bersama Sarawak musim lalu mampu pulih sepenuhnya.
"Sudah empat bulan saya menjalani pembedahan (bahu). Jadi, untuk tidak mengambil risiko, saya tidak akan bermain dalam liga yang sukar.
"Selain itu, jurulatih sendiri yang menghubungi saya dengan hasrat mahu saya membantu pemain muda. Itu antara sebab saya datang ke sini," kata kapten pasukan itu.
Selain itu, dia mendedahkan kehadiran tiga pemain Sarawak dalam PJ Rangers turut membantunya untuk membuat keputusan sanggup kembali beraksi di Semenanjung.
"Tiga pemain itu bermain bersama saya di Sarawak. Saya tahu kemampuan mereka. Jadi, saya mengharapkan keputusan yang baik untuk PJ Rangers tahun ini," ujarnya.
Sementara itu, Marcerra yang difahamkan mengambil alih sepenuhnya pengurusan Kuantan FA, enggan ditemubual oleh pihak media.
Bakal beraksi dalam Liga Perdana, skuad bimbingan Ismail Zakaria itu mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd Daudsu Jamaludin, Mohammad Helmi Remeli dan Abdul Hadi Yahya.