Skip to main content

Bola Sepak

Ronnie capai persetujuan bersama tamat kontrak -- Shahril Mokhtar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-roonie.jpg
Selangor mengesahkan penyerang Chile, Ronnie Fernandez, sah tidak bersama skuad Gergasi Merah bagi musim 2025/2026.

Penyerang berusia 34 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Selangor menerusi Instagram.

Keputusan itu menimbulkan persoalan daripada pelbagai susulan pemain itu masih berbaki satu tahun dalam kontraknya.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam di X, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengesahkan Fernandez dan Selangor menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

“Saya sahkan Selangor FC dan Ronnie Fernandez bersetuju untuk tamatkan kontrak secara persetujuan bersama,” katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
 

Sepanjang bersama Selangor, Fernandez membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Super dan Piala FA serta juara MFL Challenge Cup.

Ronnie turut menjaringkan 16 gol dalam semua kejohanan buat Merah Kuning termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Willian Lira dicanang sebagai calon pengganti Fernandez untuk musim hadapan. Selain Lira, Selangor dilaporkan semakin hampir mendapatkan pemain perancang Venezuela, Juanpi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video