Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.
Ronaldo, yang menjadi pemegang saham terbesar kelab itu sejak 2018, kini perlu menunaikan janjinya untuk berbasikal dari Valladolid ke Santiago de Compostela, puncak tertinggi Camino de Santiago.
"Ia bagi meraikan kejayaan Valladolid naik liga secara automatik, saya telah berjanji sejak lama dahulu, sejak kami diturunkan liga (pada 2021)," kata Ronaldo kepada Twitch.
"Saya berjanji jika kami kembali (ke LaLiga), saya akan melakukan Camino de Santiago. Saya akan melakukannnya dengan berbasikal kerana saya tidak boleh berlari.
"Isteri saya (Celine) dan saya akan meninggalkan Valladolid hujung minggu ini dan pergi ke Santiago de Compostela dengan berbasikal," katanya.
ÁUPA PUCELA, SIEMPRE ?
— Ronaldo Nazário (@Ronaldo) May 29, 2022
¡SOMOS DE PRIMERA! @realvalladolid pic.twitter.com/CDNfaqwXfV