Cristiano Ronaldo menyamai rekod LaLiga untuk jaringan paling banyak menerusi sepakan penalti dalam sejarah kejohanan itu.
Penyerang Real Madrid itu menyamai rekod 56 sepakan penalti yang dilakar oleh bekas pemain kelab itu, Hugo Sanchez, dalam kekalahan 2-1 kepada Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan.
Ronaldo menyempurnakn sepakan penalti bersejarah itu pada minit ke-67 meskipun diganggu Vitolo.
Sepakan penatli tersebut hadir selepas penjaga gol Sevilla, Sergio Rico, mengasari Dani Carvajal.
Namun, usaha Ronaldo itu gagal menyekat asakan Sevilla yang bangkit untuk menang 2-1 di laman sendiri.
Kekalahan itu turut menamatkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah yang dilakar skuad kendalian Zinedine Zidane.
Bola Sepak
Ronaldo sempurnakan penalti ke-56 dalam LaLiga
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena