UEL
Ronaldo janji kembali dengan komitmen, dedikasi penuh buat Manchester United
Cristano Ronaldo berjanji akan kembali bersama Manchester United dengan komitmen dan dedikasi penuh seperti kebiasaannya, di mana penyerang bintang itu sedang berusaha untuk sekali lagi menjadi pemain penting di Old Trafford.
Pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or itu digugurkan ketika United terikat 1-1 dengan Chelsea minggu lalu berikutan keengganannya untuk diturunkan sebagai pemain gantian dan meninggalkan bangku pemain sewaktu pasukan itu menewaskan Tottenham dalam perlawanan sebelumnya.
Pengurus United, Erik ten Hag, menegaskan keputusan itu diambil bagi mengekalkan prinsipnya membina satu suasana positif di kelab itu dan pemain kebangsaan Portugal berkenaan hanya dibenarkan untuk mengikuti sesi latihan pasukan utama sejak semalam.
Iklan
Ronaldo dijangka akan diturunkan dalam perlawanan Liga Europa (UEL) menentang Sheriff awal pagi esok dan berjanji kepada penyokong United bahawa dia akan berusaha untuk kembali ke dalam percaturan Ten Hag.
"Kembali ke landasan yang betul, dengan komitmen dan dedikasi seperti biasa," tulis penyerang itu dalam satu kiriman Instagram.
United akan layak ke pusingan kalah mati UEL seandainya mereka menang, seri atau kalah tidak lebih daripada satu gol ketika menentang Sheriff.
Must-Watch Video