Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, mengelak daripada menyertai sesi sidang media selepas pasukannya sekadar merakamkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan pertama Piala Konfederasi 2017 menentang Mexico, semalam.
Portugal hampir berjaya memperoleh kemenangan pertama, namun dinafikan oleh gol minit akhir Hector Moreno selepas Ricardo Quaresma dan Cedric Soares menjaringkan gol buat juara Eropah itu.
Ronaldo dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dan perlu menghadiri sesi sidang media selepas perlawanan tetapi dia menolak dan diberikan pelepasan.
Bagaimanapun, pemenang Ballon D'or empat kali itu sempat menjawab sesi temubual ringkas kepada penaja rasmi anugerah yang diraihnya.
“Ia bukan keputusan yang kami harapkan,” ujar Ronaldo.
“Inilah bola sepak. Kami hampir meraih kemenangan tetapi terpaksa menerima kepahitan gol saat-saat akhir.
“Portugal perlu menang selepas ini dan saya dapat lihat seluruh pasukan sedang dalam proses peningkatan prestasi,” tambahnya.