LIGA SUPER MSIA
Ronaldo desak Al-Nassr sambar Casemiro dari Manchester United
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, berpotensi bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya, Casemiro, apabila dia dikhabarkan meminta majikannya itu untuk menandatangani pemain berusia 32 tahun itu dari Manchester United ketika ini.
Ronaldo kini beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi selepas meninggalkan United pada Disember 2023 akibat keretakan hubungannya dengan pengurus ketika itu, Erik Ten Hag.
Al-Nassr kini berada di tangga keempat Liga Saudi Pro selepas 17 perlawanan, dengan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Al-Hilal dan Al-lttihad.
Iklan
Ronaldo juga dilaporkan telah meminta kelabnya untuk menandatanganinya salah seorang bekas rakan sepasukannya di Real Madrid sebelum ini.
🔴⚪️ ᴇᴜʀᴏᴘᴀ ʟᴇᴀɢᴜᴇ pic.twitter.com/1yfqdE5SPE— Casemiro (@Casemiro) January 23, 2025
Menurut Daily Star, Ronaldo 'telah meminta Al-Nassr mendapatkan Casemiro dari Manchester United sebelum jendela perpindahan ditutup'.
Untuk rekod, kedua-dua mereka telah bermain sebanyak 127 kali semasa di Real Madrid dan juga baru-baru ini ketika di Manchester United.
Casemiro, 32 tahun, telah dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan dari Manchester United kurang mendapat minit permainan daripada pengurus baru Mancheter United, Ruben Amorim, -hanya beraksi dalam 14 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sahaja- musim ini.
Must-Watch Video