Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo, Careca tidak sabar mahu beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-perak.jpg
Dua pemain import baru Perak, Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Careca, sudah tidak sabar untuk diturunkan menjelang pertemuan dengan PKNP FC dalam suku akhir kedua Piala FA di Ipoh, malam ini.

Ronaldo dan Careca merupakan pemain import dari Brazil dengan masing-masing menggantikan Wander Luiz dan Gilmar da Silva yang tenggelam sepanjang separuh pertama musim ini.

Kedua-dua tonggak baru Perak itu sudah mula berlatih dengan pasukan utama sejak lima hari lalu dan bersedia untuk segera menyesuaikan diri dengan pasukan.

"Saya sudah bersedia, namun masih kepenatan ekoran penerbangan yang jauh.

"Saya sudah mula menjalani latihan ringan dan berusaha keras untuk terpilih dalam perlawanan.

"Saya berharap dapat menjaringkan gol demi penyokong Perak," kata Ronaldo.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, menjelaskan pihaknya tidak akan meletakkan kedua-dua pemain itu di dalam kesebelasan utama dalam aksi malam ini.

Sebelum ini, Perak dan PKNP FC terikat tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di Manjung, 30 April lalu.

"Mereka baru tiba dari Brazil dan mereka datang ke sini dengan rekod yang baik.

"Namun, ia perjalanan yang jauh dan mereka masih kepenatan.

"Mereka sudah berlatih sejak dua hari lalu dan saya berharap mereka akan dapat diturunkan dalam sebahagian perlawanan malam esok (malam ini)," katanya.

Advertisement

Must Watch Video