Ronaldo alami kekalahan pertama, Al Ittihad pintas Al Nassr ke puncak liga

Ammar Hakim
Mac 9, 2023 07:02 MYT
Cristiano Ronaldo mengalami kekalahan pertama dalam saingan Saudi Pro League semalam selepas Al Ittihad memperoleh kemenangan 1-0 untuk mengambil alih Al Nassr di puncak liga.
Al Nassr belum pernah tewas dalam lima perlawanan liga sejak penampilan sulung Ronaldo pada 3 Februari, seri dalam aksi pertama sebelum merekodkan empat kemenangan berturut-turut.
Namun rentetan kemenangan itu berakhir apabila tewas kepada pencabar terdekat di King Abdullah Sports City, Jeddah.
Romarinho memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-80, menyempurnakan gerakan serangan balas pasukan.
Penyerang itu melengkapkan hantaran Ahmed Sharahili dari sayap kanan, mengawal bola terlebih dahulu sebelum menyumbat masuk gol ke dalam gawang.

Congratulations tigers ? .. We are the ones ???? Alittihad won Alnassr 1-0 , Romarinho scored the only goal in the match ?? pic.twitter.com/kaUV7RQ2HA

— Ittihad Club (@ittihad_en) March 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia bagaimanapun cuba memberi tumpuan kepada perkara positif.
“Kami kecewa kerana kami tidak layak kalah,” katanya
"Al Ittihad menjaringkan gol seperti yang mereka suka, melalui serangan balas. Liga masih panjang. Kami kini ketinggalan satu mata di belakang Al Ittihad.
"Saya gembira dengan pasukan saya. Kami bermain di stadium sukar di hadapan penyokong tuan rumah, namun kami bermain dengan perwatakan yang hebat."
#Cristiano Ronaldo #Al Ittihad #Al Nassr #Saudi Pro League
;