Penjaga gol Manchester United, Sergio Romero mahu rakan sepasukan, David de Gea kekal bersama kelab itu susulan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
De Gea merupakan penjaga gawang no.1 di Old Trafford selepas membuat 35 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sepanyol itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke LaLiga.
Meskipun ketiadaan De Gea akan membuka peluang buat Romero beraksi kerap, namun penjaga gol Argentina itu mahu rakan sepasukannya itu kekal di England.
"Persaingan di antara saya dan David adalah satu perkembangan yang baik buat pasukan," dia memberitahu akhbar UK.
"Hakikatnya, kami mempunyai hubungan yang baik dan sering membantu satu sama lain.
"Penting untuk kami meneruskan kerjasama seperti ini agar kami dapat memberi aksi terbaik. Jika dia meletakkan tekanan ke atas saya, saya akan melakukan perkara sama, termasuk Joel (Pereira) yang turut sama berlatih.
"Dia rakan saya, jadi kami akan berkerja keras untuk membantu satu sama lain dalam sesi latihan."
Romero menyertai United pada 2015 dan telah pun menandatangani kontrak empat tahun awal bulan ini.