Skip to main content

Bola Sepak

Romero mahu De Gea kekal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

degearomero-290717.jpg
Penjaga gol Manchester United, Sergio Romero, mahu rakan sepasukannya, David De Gea, kekal di Old Trafford selepas dikaitkan dengan perpindahan ke juara Eropah, Real Madrid.

De Gea menjadi pilihan utama pengendali, Jose Mourinho, selepas beraksi sebanyak 35 kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun penghijrahan De Gea bakal membuka laluan buat Romero untuk menyinar sebagai pilihan nombor satu, penjaga gol Argentina itu mahukan pemain berusia 26 tahun itu bertahan bersama United.

“Satu persaingan yang baik untuk pasukan dan juga saya serta De Gea jika dia kekal,” kata Romero.

“Ia bagus untuk saya. Dia seorang kawan dan kami sering membantu antara satu sama lain ketika sesi latihan.

“Jika dia melakukannya dengan baik, saya juga begitu, jadi prestasi seluruh pasukan akan berada di tahap tertinggi,” tambahnya.

Romero menyertai United pada tahun 2015, menjadi watak utama dalam laluan The Red Devils untuk muncul juara Liga Europa musim lepas dan baru sahaja menandatangani kontrak baru selama empat tahun.

Advertisement

Must Watch Video