Pertahanan Tottenham Hotspur, Cristian Romero, menjulang piala kelima dalam kariernya selepas menjuarai Liga Europa bersama Tottenham Hotspur di San Mames awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Argentina itu tidak pernah tewas sama sekali apabila pasukannya melangkah ke pentas final.
Ia bermula pada 11 Julai 2021, di mana ketika itu Argentina menewaskan Brazil 1-0 dalam aksi final Copa America.
Kejayaan itu disusuli dengan kemenangan:
• 1 Jun 2022: Piala Conmebol
• 18 Disember 2022: Piala Dunia 2022
• 14 Julai 2024: Copa America
Dan terbaru memenangi Liga Europa selepas pasukannya menewaskan Manchester United 1-0 di bumi Sepanyol.
Jaringan kemenangan Tottenham dijaringkan oleh Brennan Johnson pada minit ke-42, sekali gus menjadi gol kemenangan buat The Lilywhites.