Skip to main content

Bola Sepak

Romero kekal di United untuk empat tahun lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergioromero-cropped_1sznvrnjk2hv313y8802urejr2.jpg
Manchester United melanjutkan kontrak penjaga gol, Sergio Romero, menerusi perjanjian empat tahun dengan pilihan untuk musim kelima.

Skuad Jose Mourinho mengesahkan syarat baru untuk penjaga berusia 30 tahun itu hari ini selepas perjanjian sebelum ini tinggal satu tahun lagi.

Romero menyertai United dalam perpindahan percuma pada 2015 dan telah terbukti menjadi pemain yang boleh dipercayai selain penjaga gol utama, David de Gea.

Pemain antarabangsa Argentina itu memulakan 12 perlawanan dalam kempen Liga Europa yang dimenangi United musim lalu, termasuk perlawanan akhir menentang Ajax, dan membuat 18 penampilan dalam semua pertandingan.

"Sergio adalah penjaga gol yang hebat dan profesional," kata Mourinho kepada laman web United.

"Dia mempunyai musim yang baik dan persembahan cemerlang, terutama dalam kejayaan Liga Europa kami.

"Romero layak dengan kontraknya dan sangat hebat untuk United memiliki Romero dan De Gea dalam peranan penting seperti itu."

Romero sendiri teruja untuk melanjutkan tempohnya bersama United menerusi kontrak panjang, menggambarkan mereka sebagai kelab terbesar di dunia.

"Saya gembira kerana menandatangani kontrak baru," katanya. "Siapa yang tidak mahu berada di kelab terbesar di dunia?

"Kami mempunyai penjaga gol yang hebat di sini dan kami sentiasa belajar daripada satu sama lain. Sudah tentu ia adalah satu masa yang sangat membanggakan bagi saya dan keluarga saya untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan akhir Liga Europa, dan saya tidak sabar untuk membantu pasukan membina kejayaan musim lalu untuk 2017-18. "

Dia memberikan kestabilan kepada United hingga membuatkan De Gea sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan nyaris pergi ke kelab Sepanyol itu dalam jendela perpindahan yang sama di mana Romero tiba.

Walaupun menjadi penjaga gol kedua kelab, Romero mengekalkan statusnya sebagai pilihan pertama Argentina, dengan memulakan 14 perlawanan kelayakan Piala Dunia.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video