Skip to main content

Bola Sepak

Romeo Lavia sertai Southampton daripada Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romeo-lavia.jpg
Pemain muda Manchester City, Romeo Lavia, menyertai Southampton dengan mengikat kesepakatan lima tahun di Stadium St Mary.

Pemain skuad remaja Belgium itu, yang menyertai sistem pembangunan di Stadium Etihad dari Anderlecht pada 2020, pernah melakukan dua penampilan dalam skuad utama di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Bagaimanapun, ia bukanlah ucapan selamat tinggal mutlak buat Lavia dan City, di mana kelab itu dilaporkan menetapkan klausa pembelian semula -- bernilai sekitar £40 juta (RM211.53 juta) -- dalam kontrak berkenaan.

"Perjalanan saya bersama Manchester City sudah sampai ke penghujungnya," tulis Lavia, 18, dalam Instagram.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan kelab yang hebat ini atas apa yang telah anda curahkan buat saya sepanjang dua tahun di kelab ini.

"Saya telah berkembang menjadi pemain dan individu yang lebih baik dan ia juga merupakan satu penghormatan untuk melakukan penampilan pertama saya bersama kelab besar ini.

"Saya mendoakan yang terbaik buat kelab ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video