Kedatangan Romelu Lukaku di Chelsea menjadi berita baik buat Timo Werner dan barisan penyerang Chelsea yang lain, menurut pengurus, Thomas Tuchel.
Kelab yang berpangkalan di London itu memecah rekod perpindahan kelab dengan kontrak yang dilaporkan setinggi £97.5 juta (RM572.8j) demi menandatangani semula Lukaku daripada Inter untuk menyuntik pilihan Tuchel dalam fasa teratas formasi berkenaan.
Penggempur berusia 28 tahun itu tidak tersenarai ketika Chelsea membuka kempen kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Werner mengetuai jentera serangan, malam tadi.
Walaupun The Blues tidak menghadapi masalah untuk membenam Crystal Palace 3-0, ia adalah hari yang sangat mengecewakan bagi Werner apabila sekadar melancarkan satu percubaan dalam pertembungan di Stamford Bridge itu.
Bekas bintang RB Leipzig itu juga hanya membuat 29 sentuhan sahaja sepanjang 90 minit di atas padang -- paling sedikit berbanding rakannya yang lain.
Kemunculan Lukaku bakal meningkatkan persaingan untuk merebut tempat pada musim ini, namun pengurus itu melihat pemain Belgium tersebut mampu menyerlahkan kemampuan Werner.
"Saya rasa kedatangan Romelu akan banyak membantu Timo," kata Tuchel kepada Sky Sports.
"Dia akan menggalas tanggungjawab utama-- secara tidak langsung membebaskan Timo, Kai Havertz dan Christian Pulisic.
"Ia menawarkan kami lebih banyak variasi. Kami boleh beraksi dengan dua penyerang atau turun dengan tiga pemain depan. Kedatangan Romelu adalah berita baik buat Timo."

Ketika ditanya adakah Lukaku bersedia untuk berkunjung ke Arsenal, minggu depan, Tuchel menambahkan: "Dia akan menyelesaikan kuarantinnya esok. Dia memiliki seminggu penuh untuk bersiap dan perlu kembali ke padang."
Kemenangan di gelanggang keramat hasil sentuhan penyudah Marcos Alonso, Pulisic dan Trevoh Chalobah itu merupakan yang kelapan berturut-turut ke atas Palace.
Produk akademi, Chalobah, membuat permulaan pertamanya dalam liga untuk The Blues selepas kemenangan Piala Super Eropah ke atas Villarreal, Rabu lalu.
Pada usia 22 tahun dan 40 hari, dia muncul pemain Chelsea termuda kedua yang mencetak gol dalam penampilan sulung liga di belakang Paul Hughes (20 tahun 274 hari) yang merekodkannya ketika berdepan Derby County pada 1997.