Romel Morales mampu tampung 'kepincangan' Harimau Malaya -- Zainal Abidin
Mirsha Nurathia M
Disember 30, 2023 17:36 MYT
Disember 30, 2023 17:36 MYT
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, menyifatkan Harimau Malaya sebelum ini mempunyai kepincangan daripada segi serangan atau lebih tepat, tiada penyerang tulen dalam pasukan.
Dengan kehadiran Romel Morales sebagai pemain naturalisasi terbaru, ia mungkin adalah jalan penyelesaian yang diperlukan, sekaligus mampu membawa Harimau Malaya sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan dalam Kejohanan Piala Asiadi Qatar bulan depan.
"Romel Morales mampu mengisi kekosongan di bahagian jentera serangan," ujar Zainal Abidin Hassan menerusi laporan Kamal Nizam dalam Nadi Weekend.
"Dengan prestasi skuad kebangsaan yang meningkat secara mendadak, mereka mampu atasi Jordan dan Bahrain sebelum bertemu Korea Selatan."