Skip to main content

Bola Sepak

Roma pilihan tepat buat Justin -- Kluivert

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-kluivert.jpg
Patrick Kluivert yakin bahawa Roma adalah kelab terbaik buat anaknya, Justin, selepas pemain itu memilih untuk berhijrah ke Itali berbanding England bersama Manchester United.

Justin Kluivert dilihat sebagai salah seorang pemain muda yang menyerlah di Eropah selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Ajax dan menyertai skuad senior Belanda pada Mac lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu merupakan sasaran Red Devils, tetapi ayahnya yang membintang Ajax, AC Milan dan Barcelona ketika bergelar pemain bola sepak, berasakan Serie A mampu memperkembangkan lagi mutu permainan Justin.

"Saya berpuas hati dengan perkembangannya," kata Patrick.

"Dia seorang yang kurang bercakap tetapi dia sentiasa mendengar nasihat dan bermotivasi tinggi. Saya mahu dia kekal bersama Ajax untuk semusim lagi tetapi pilihan berhijrah ke Roma juga adalah keputusan yang tepat.

"Bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sesuatu yang sukar. Menyertai United merupakan satu peningkatan yang terlalu mendadak. Roma juga adalah pasukan yang penting tetapi tekanannya tidak terlalu tinggi.

"Roma tidak boleh memenangi perlawanan melalui paksaan kerana mereka adalah kelab yang terkenal dengan permainan yang berkualiti. Ia adalah sangat baik buat Justin.

"Selepas ini, siapa yang tidak mengimpikan berhijrah ke Barcelona? Tetapi bola sepak Itali semakin meningkat dan peluang ini boleh digunakan oleh Justin dengan sebaik mungkin."
 

Advertisement

Must Watch Video