LEGANES 2 BARCELONA 1
Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan mengejut 1-2 juara bertahan LaLiga, Barca, kepada Leganes, awal pagi tadi.
Barca memimpin permainan melalui voli Philippe Coutinho ketika permainan berusia 12 minit dan situasi kelihatan terkawal sehinggalah Levante bangkit secara mendadak selepas rehat.
Nabil El Zhar memainkan watak penting dalam kebangkitan itu apabila tandukannya mengubah kedudukan menejadi 1-1 sebelum Oscar Rodriguez memanfaatkan kesilapan Gerard Pique untuk membenam Barca.
Valverde -- yang memilih untuk tidak memulakan Luis Suarez dan Jordi Alba -- mengakui bahawa beliau adalah satu-satunya yang wajar dipersalahkan di atas kekalahan mengejut itu.
"Pasti, pada akhirnya, jurulatih bertanggungjawab, saya rasakan apa yang jurulatih rasa apabila kalah," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Hari ini terdapat dua perubahan. Dalam kes Luis, saya merancang untuk merehatkannya minggu ini manakala Jordi telah bermain kesemua perlawanan setakat ini, saya bimbang dia menghadapi masalah.
"Inilah bola sepak dan ia boleh berlaku. Kadang-kadang sukar untuk menerangkan perkara-perkara yang berlaku dalam permainan.
"Kami mengawal permainan tetapi hanya dalam sekelip mata sahaja kami dihukum."
Pique tersilap langkah atas jaringan kedua Leganes apabila pertahanan Sepanyol itu melepaskan bola kepada Rodriguez untuknya meledak gol sulungnya bersama pasukan lawan itu.
Rakan sepasukan Barca, Sergio Busquets, bagaimanapun enggan melontarkan kritikan sungguhpun menegaskan bahawa mereka perlu bertanggungjawab secara kolektif.
"Kami adalah sebuah pasukan," katanya. "Kami menang dan kami kalah bersama-sama.
"Kami perlu membuat penilaian sebagai satu pasukan. Sebelas pemain telah bermain dan kami semua kalah."