PIALA DUNIA
Rodriguez, Falcao ketuai Colombia
Colombia menyenaraikan James Rodriguez dan Radamel Falcao dalam skuad Colombia ke Piala Dunia bersama-sama dengan Abel Aguilar dan Cristian Zapata.
Pemain tengah Deportivo Cali, Aguilar, dan pertahanan AC Milan, Zapata, menerima lampu hijau daripada ketua jurulatih, Jose Pekerman, semalam di sebalik berdepan masalah kecergasan.
Mereka terlepas aksi berdepan Mesir, Jumaat lalu, tetapi Persekutuan Bolasepak Colombia mengesahkan gandingan pemain berpengalaman itu menjalani proses pemulihan dan akan tampil beraksi di Russia.
Iklan
Kehadiran Zapata bermakna tiada ruang buat pemain muda Santa Fe, William Tesillo, manakala penyerang, Teofilo Gutierrez, turut tersisih.
Falcao kembali memperkuat jentera serangan Colombia selepas pemain Monaco itu terlepas Piala Dunia Brazil 2014 kerana mengalami kecederaan ligamen lutut.
Dia akan menyertai pemain-pemain seperti Rodriguez, Juan Cuadrado dan Davinson Sanchez dalam misi untuk mempamerkan aksi cemerlang.
Colombia diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan Jepun, Poland dan Senegal.
Skuad penuh Colombia:
Jose Cuadrado (Once Caldas), David Ospina (Arsenal), Camilo Vargas (Deportivo Cali); Santiago Arias (PSV), Frank Fabra (Boca Juniors), Yerry Mina (Barcelona), Johan Mojica (Girona), Oscar Murillo (Pachuca), Davinson Sanchez (Tottenham), Cristian Zapata (AC Milan); Abel Aguilar (Deportivo Cali), Wilmar Barrios (Boca Juniors), Juan Cuadrado (Juventus), Jefferson Lerma (Levante), Juan Quintero (River Plate), James Rodriguez (Bayern Munich), Carlos Sanchez (Espanyol), Mateus Uribe (Club America); Miguel Borja (Palmeiras), Radamel Falcao (Monaco), Jose Izquierdo (Brighton and Hove Albion), Luis Muriel (Sevilla).
Must-Watch Video