Lorenzo Insigne percaya James Rodriguez mampu menyinar di Napoli sekiranya dia menyertai kelab Serie A itu.
Napoli kini dilaporkan sedang bersaing dengan Atletico Madrid dalam usaha mendapatkan khidmat perancang Colombia itu.
Persaingan itu tampak akan ditentukan oleh pasukan mana yang memenuhi permintaan harga yang ditentukan oleh Real Madrid dan seperti yang diakui oleh Presiden Partenopei, Aurelio De Laurentiis, ia tidak masuk akal.
Atletico menafikan kini semakin hampir mencapai perjanjian dan bintang Itali, Insigne, tetap percaya Rodriguez akan mempertimbangkan peluang untuk ke Stadio San Paolo.
"Pintu sentiasa terbuka untuk pemain bagus, kami sentiasa mengalu-alukannya," ujar kapten Napoli itu.
"Rodriguez adalah pembantu penyerang semulajadi. Dia memiliki kualiti dan bersama kami, dia boleh menjadi hebat.
"Namun, pilihan itu bergantung kepada pengendali dan kelab."
Napoli dilihat mendiamkan diri daripada jendela perpindahan selepas hanya membawa masuk bek tengah, Kostas Manolas, daripada AS Roma serta pertahanan kanan, Giovanni Di Lorenzo, daripada Empoli penghujung musim lalu.
"Namun, selepas dua musim mengakhiri saingan liga di tangga kedua bersama pertahanan yang Insigne sifatkan sebagai yang terbaik di Eropah, Kalidou Koulibaly, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sedia untuk mengejar sasaran tinggi.
"Gelaran Scudetto adalah idaman semua orang," tambah Insigne.
"Dalam beberapa tahun terakhir, kami begitu hampir dan akhirnya kecewa. Saya yakin jika kami beraksi dengan penuh semangat, kami boleh memberikan masalah kepada semua.
"Kami tahu ada pesaing hebat seperti Juventus tetapi perkara perlu diubah musim ini bersama pengurus baru, (Maurizio) Sarri.
"Saya rasa kami semakin kuat tetapi perlu memulakan saingan dengan langkah kanan kerana kami berpotensi untuk berjuang dalam kelompok teratas."