James Rodriguez mendedahkan dia sangat gembira bersama Bayern Munich walaupun wujud laporan mengatakan dia bakal memendekkan tempoh pinjaman dan kembali menyertai Real Madrid.
Rodriguez kini berada di pertengahan tempoh pinjaman selama dua tahun bersama Bayern dari Madrid, di mana ia turut disertakan dengan pilihan pembelian tetap ke atas bintang Colombia itu pada 2019 menerusi nilai EUR42 juta (RM199 juta).
Pemain berusia 27 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang di Bavaria, dengan membantu Bayern mengekalkan kejuaraan Bundesliga musim lalu dan dikaitkan untuk kembali ke Madrid susulan perpindahan sensasi Cristiano Ronaldo ke Juventus.
Bagaimanapun, Rodriguez tampak selesa di Bayern sambil kini sedang mempersiapkan diri untuk memburu kejuaraan liga ketujuh berturut-turut pada musim 2018/19.
"Setakat ini, saya masih di sini dan melalui musim pertama yang hebat. Jadi, saya gembira di sini," kata Rodriguez kepada program TV Colombia, The Suso Show.
"Saya berasa bahawa pihak kelab dan peminat-peminat sangat menyayangi saya."
Rodriguez melakukan 39 penampilan buat Bayern dalam semua kejohanan musim lalu, mengutip lapan gol dan mencipta 15 bantuan jaringan.