Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, menafikan spekulasi mengaitkan dirinya akan meninggalkan kelab Categoría Primera A Colombia, America de Cali.
Bahkan, penyerang 29 tahun kelahiran Buenos Aires, Argentina itu menyatakan kesetiaannya untuk terus membela kelab berkenaan.
"Saya langsung tidak tahu (mengenai spekulasi itu). Saya sentiasa berada di sini bersama pasukan saya," katanya selepas perlawanan separuh akhr Torneo Apertura menentang Independiente Medellin kelmarin.
Dalam aksi terakhir Kumpulan A itu, America de Cali terikat 1-1 dengan Independiente Medellin, sekali gus gagal ke final.
"Kami mahu menjadi juara tetapi tidak berjaya. Kami memohon maaf (kepada peminat) dan kami akan terus memberikan yang terbaik," katanya lagi.

?? Rodrigo Holgado's interview after America de Cali drew 1-1 with Independiente Medellin on Thursday.pic.twitter.com/u9BTRJE7C8
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) June 20, 2025