Skip to main content

Bola Sepak

Rodrigo Holgado dikait ganti tempat Radamel Falcao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, dikaitkan dengan perpindahan mega dan dikaitkan akan menggantikan peranan Radamel Falcao.

Sentuhan Holgado yang melonjakkan kelabnya, America de Cali, ke persada liga Colombia disebut-sebut akan menyertai pencabar terdekat, Millonarios FC, bagi menampung posisi yang ditinggalkan Falcao. 

Tatkala America de Cali dikatakan berdepan isu kewangan, kelab divisyen kedua Argentina, Gimnasia La Plata, turut menunjukkan minat dan secara tidak langsung mampu merancakkan perang untuk merebut tanda tangannya. 

Selepas 20 aksi liga musim ini, Holgado telah menghasilkan tujuh gol dan dua bantuan jaringan.

   

Advertisement

Must Watch Video