Skip to main content

Bola Sepak

Rodrigo Holgado dalam skuad utama America de Cali gempur Medellin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hol.jpg
Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado, tersenarai dalam skuad yang akan membawa cabaran America de Cali dalam aksi terakhir Kumpulan A, Liga Primera A awal pagi esok menentang pendahulu saingan iaitu Independiate Madellin.

America De Cali kini berada di kedudukan kedua di belakang Madellin dengan mengumpul lapan mata daripada lima perlawanan.





Holgado yang membantu Malaysia kenduri gol menewaskan Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan menjaringkan gol pertama dalam aksi debutnya bersama Harimau Malaya baru-baru ini.

Sementara itu, yang lebih mencuri tumpuan rakyat Malaysia adalah ketika dia terus pulang ke Colombia dengan beberapa jahitan di kepala untuk membantu pasukannya mengharungi kempen liga.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video