Rodrigo De Paul terlepas aksi derby Madrid

Shaiful Shamsudin
Februari 23, 2023 12:15 MYT
Pemain tengah Atletico Madrid, Rodrigo De Paul, perlu diketepikan untuk satu tempoh yang belum dapat ditentukan berikutan kecederaan paha menjelang perlawanan 'derby' dengan Real Madrid di Santiago Bernabeu hujung minggu ini.
Pemain antarabangsa Argentina itu yang memulakan kemenangan LaLiga ke atas Athletic Bilbao, hujung minggu lalu, terpaksa dikeluarkan sejurus sebelum sejam perlawanan.
“Rodrigo De Paul mengalami kecederaan paha berdasarkan ujian perubatan yang telah dilaluinya selepas mengalami masalah otot dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao,” menurut satu kenyataan rasmi.

? De Paul suffers a thigh injury. ➡ https://t.co/Ug73VqMn2n

— Atlético de Madrid (@atletienglish) February 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pemain tengah ini akan mula menerima sesi fisioterapi, latihan pemulihan dan bergantung kepada perkembangannya."
Walaupun tiada tempoh diberikan, Atletico berharap Paul tidak perlu diketepikan untuk tempoh yang panjang tatkala pasukan Diego Simeone itu berjuang untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas LaLiga.
#Atletico Madrid #Rodrigo De Paul
;